Google

Followers

Meneka Dalam Kesamaran - IBNOR RIZA

 

Ibnor Riza merupakan seorang  yang terbabit dalam bidang seni semenjak 1984 melalui penyertaan pertandingan Bintang RTM pada tahun 1984 dan kemudiannya di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dulu dikenali sebagai CBS.
 
Beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja pada 1993 bagi menumpukan kepada kerjaya seninya.

Ibnor Riza telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.pernah dan menerima anugerah platinum atas penjualan memberansangkan album The Best of Ibnor Riza (terjual sebanyak 25,000 unit).

Ibnor Riza kini menghasilkan album kompilasi lagu lama dengan judul Kerongsang Jiwa pada 2007. Album Kerongsang Jiwa dihasilkan bersama dengan Arab. untuk penerbitan album Kerongsang Jiwa. Ibnor Riza kini menyanyi sepenuh masa dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup, konsert Diraja dan persembahan TV terutama di RTM. 

Diantara lagu-lagunya yang popular seperti berikut,
  1. Pilihlah Aku
  2. Tiada Cinta Lagi
  3. Mengenang Dikau Kembali
  4. Joget Kaki Lima
  5. Kerongsang Jiwa
  6. Kini Baru Kau Sedar
  7. Kasih Tak Sudah
  8. Lagu Untuk Seorang Ibu
  9. Cahaya Cinta
  10. Relaks



   
Lirik Lagu : Meneka Dalam Kesamaran

 Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri


Untuk Download Lagu Raya Sila http://muaturunretro.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Banner Exchange

Fauziah_Latiff

My Blog List

Disclaimer

All video, lyrics just for personal entertainment only. Any loses and damage cause by information from this blog is your responsibility.