Google

Followers

Ahmad Jais : Azizah, Mabuk Kepayang



Biodata Datuk Mohd Jais Ahmad

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.
Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).
 
Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera MerdekaIstana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan. anjuran
Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd

Emas Selamanya-Koleksi 18 lagu-lagu klasik
Lirik Lagu Azizah
Rupa mu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini jadi tergoda
Siang jadi kenangan malam jadi impian
Kerana mu azizah, kerana mu azizah

Putih kulitmu, putih kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu, manis senyummu
Mulia hatimu

Kalau kau menjadi bunga
Biar ku jadi tangkainya
Asalkkan dapat bersama denganmu
Cinta dipadu
Oh azizah

Kalau kau menjadi bunga
Biar ku jadi tangkainya
Asalkkan dapat bersama denganmu
Cinta dipadu
Oh azizah

Putih kulitmu, putih kulitmu
Pandang tak jemu
Manis senyummu manis senyummu
Mulia hatimu

Kalau kau menjadi bunga
Biar ku jadi tangkainya
Asalkkan dapat bersama denganmu
Cinta dipadu
Oh azizah

 Download Azizah , mabuk kepayang Song Here

Source : Wikipedia
Visit us for more evergreen and classic song :http://blitz2000.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Banner Exchange

Fauziah_Latiff

My Blog List

Disclaimer

All video, lyrics just for personal entertainment only. Any loses and damage cause by information from this blog is your responsibility.